Tuesday, December 29, 2009

Roti Jala


Roti jala kubuat khas utk breakfast pagi semalam.. tp baru hari ni upload gambarnya...
Kalau makan, teringat kat best friend ku, Shafida.. nanti kalau ada masa di kampung, ku buat untuk mu....

Wednesday, December 23, 2009

Kek Gulung Seri Pelangi


Alhamdulillah... setelah kucuba, inilah hasilnya... first time buat ni... nak bawa balik kampung esok, nak bagi mak rasa.... untuk kawan-kawan yang nak rasa, jom ikut ke rumah ibuku di alor setar... hehehehe...


Sunday, December 13, 2009

Balang Kuih Raya




Disebabkan daku amat meminati pinggan mangkuk & hiasan ala inggeris, so, daku pilih balang kuih yang temanya english rose... Daku pakaikan baju & decorate balang kuih ni mengikut warna kegemaranku sesuai
dgn english sofa ku....

Balang kuih ni dapat sambutan time raya puasa hari tu.. Tak sangka pulak ada jugak yg order time deepavali tu... Tahun ni pertama kali daku buat bisnes jual balang kuih raya ni, sebelum ni, untuk pakai sendiri saja....

Minat ku ini dikongsi bersama jiran sebelah, Kak Haliza yang tempah balang kuih yang daku decorate ni sama warna dengan yang ada di rumahku.. katanya, sebab nak dipadankan dengan sofa & table runner...

Monday, December 7, 2009

Kek Gulung


Setelah sekian lama tak buat kek gulung ni, semalam cuba buat... Alhamdulillah, inilah hasilnya... Di dalamnya, jem strawberry.... Buat untuk minum petang... Gulungan tak berapa cukup sebab tray ni agak kecil.. kena beli tray yang agak lebar sikit untuk dapat hasil yang lebih menarik...

Buat 2 biji, bagi kat jiran2... Hari ni, jiran datang tanya resepi & suruh ajar cara buat sekali... Jiran sebelah rumah & pembantu rumahnya pun nak belajar jugak... Weekend ni akan diadakan kelas tak rasmi untuk jiran2 ku yang nak belajar ni..

Tahniah untuk diriku sendiri... & thanks to my hubby sebab tak habis2 dok puji kek gulung ni....

Puding Buah Campur (Cocktail)


Puding buah campur ni memang favourite suami dan anakku. Tak lupa juga arwah ayah, ibu & adik beradikkku.... Rasa puding yg berkrim dan lemak manis memang menjadi kesukaan sesiapa sahaja yg merasainya... Yummy.....

Puding ni dibuat hari jumaat lepas utk jamuan farewell kat ofis husbandku.... Ini kali kedua terima tempahan dari ofis husbandku selepas jamuan hari raya hari tu...

Tak lupa buat Hafizal (Jai), bestfriend husbandku yg suka sangat puding ni.. Kalau nk datang rumah, mesti dia request utk buat puding ni....

Kwn2 ofis kakak iparku kat Pejabat MB Kedah pun suka puding ni... tp time tu, masa dok kat Kedah, boleh la buat. Sekarang ni, tengok keadaan la... Tapi dah diturunkan ilmu buat puding ni kepada kakak iparku, so, sekarang , dia dah pandai.... Congrats Kak Hakimah....
Tempahan juga pernah diterima untuk jamuan di hari pertunangan bestfriendku, Shafida bt Shafie... Masa tu daku sarat mengandung... Tapi kuatkan semangat utk sahabatku yang cantik berseri pada hari itu.....

Moist Chocolate Cake




Order dari Pn Julie utk birthday husband tercinta. Hope u''ll like it....
Thanks Pn Julie dan Saira harap cepat sembuh dari demam ...

Sunday, December 6, 2009

Cupcakes

Cupcakes - edible image
Cupcake flavor: Moist Chocolate Cake

Toppings:

1) Chocolate ganache

2) buttercream

Cupcake size: Medium